Profesional
- Mempunyai Komitmen yang tinggi dan sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas.
- Bertanggungjawab dan gigih dalam setiap pekerjaan yang dilakukan dalam tempoh masa yang ditetapkan, di samping menjamin kualiti.
- Mempunyai kemahiran, kebijaksanaan serta berkemampuan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan
- Integriti dari segi objektiviti, tidak bias dan tidak mementingkan diri.
- Mempunyai ciri-ciri kreatif, inovatif, bermotivasi, berdayasaing dan akauntabiliti.
Bertindak Sebagai Satu Pasukan
- Bertindak ke arah satu visi.
- Sentiasa melibatkan diri dan memberi sumbangan dalam aktiviti Jabatan
- Berkongsi pengalaman, maklumat, ilmu dan pengetahuan
- Sentiasa menjaga imej jabatan.
- Sentiasa bertolak ansur, bertoleransi, bekerjasama dan saling hormat menghormati.
Kecemerlangan dan Keunggulan
- Berusaha untuk melakukan yang terbaik
- Sentiasa berusaha untuk memperbaiki prestasi kerja.
- Sentiasa peka dan prihatin kepada kehendak pelanggan
- Keupayaan mempelajari pelbagai kemahiran (multiple skills) bagi menjalankan pelbagai tugas (multiple tasks).
- Berdedikasi dan berdisiplin.
Berhemah dan berwibawa
- Jujur, amanah dan berakhlak dalam menjalankan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
- Bertimbang rasa, mesra, adil dan saksama
- Tegas, tepat dan konsisten dalam membuat keputusan.
- Sentiasa tenang dan sabar dan dapat menyesuaikan diri dalam semua situasi.
- Bersedia mendengar teguran dan kritikan
- Menampilkan diri dengan berpakaian kemas dan berbudi bahasa
Pembelajaran Berterusan
- Bersedia belajar dari pengalaman diri sendiri dan orang lain ke arah penambahbaikan.
- Sentiasa mencari ruang untuk memaju dan meningkatkan kemahiran diri.
- Sentiasa menggalakkan semua anggota supaya berusaha memajukan diri
- Sentiasa berusaha memupuk bakat individu.
- Tidak segan untuk bertanya