Sunday, 19 February 2012

Kod Etika


Profesional
  1. Mempunyai Komitmen yang tinggi dan sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas.
  2. Bertanggungjawab dan gigih dalam setiap pekerjaan yang dilakukan dalam tempoh masa yang ditetapkan, di samping menjamin kualiti.
  3. Mempunyai kemahiran, kebijaksanaan serta berkemampuan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan
  4. Integriti dari segi objektiviti, tidak bias dan tidak mementingkan diri.
  5. Mempunyai ciri-ciri kreatif, inovatif, bermotivasi, berdayasaing dan akauntabiliti.
Bertindak Sebagai Satu Pasukan
  1. Bertindak ke arah satu visi.
  2. Sentiasa melibatkan diri dan memberi sumbangan dalam aktiviti Jabatan
  3. Berkongsi pengalaman, maklumat, ilmu dan pengetahuan
  4. Sentiasa menjaga imej jabatan.
  5. Sentiasa bertolak ansur, bertoleransi, bekerjasama dan saling hormat menghormati.
Kecemerlangan dan Keunggulan
  1. Berusaha untuk melakukan yang terbaik
  2. Sentiasa berusaha untuk memperbaiki prestasi kerja.
  3. Sentiasa peka dan prihatin kepada kehendak pelanggan
  4. Keupayaan mempelajari pelbagai kemahiran (multiple skills) bagi menjalankan pelbagai tugas (multiple tasks).
  5. Berdedikasi dan berdisiplin.
Berhemah dan berwibawa
  1. Jujur, amanah dan berakhlak dalam menjalankan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  2. Bertimbang rasa, mesra, adil dan saksama
  3. Tegas, tepat dan konsisten dalam membuat keputusan.
  4. Sentiasa tenang dan sabar dan dapat menyesuaikan diri dalam semua situasi.
  5. Bersedia mendengar teguran dan kritikan
  6. Menampilkan diri dengan berpakaian kemas dan berbudi bahasa
Pembelajaran Berterusan
  1. Bersedia belajar dari pengalaman diri sendiri dan orang lain ke arah penambahbaikan.
  2. Sentiasa mencari ruang untuk memaju dan meningkatkan kemahiran diri.
  3. Sentiasa menggalakkan semua anggota supaya berusaha memajukan diri
  4. Sentiasa berusaha memupuk bakat individu.
  5. Tidak segan untuk bertanya

No comments:

Post a Comment